Sukan Hari Ini

Vivian, Khe Wei mara separuh akhir

BEREGU wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei kembali di landasan sebenar apabila mara ke separuh akhir Terbuka Macau selepas menundukkan pasangan Taiwan, Hao Yun Wen-Jing Ya Ye pada aksi suku akhir, semalam.

Selepas melalui tempoh suram apabila tersingkir awal dalam berapa kejohanan Siri Super sebelum ini, Vivian-Khe Wei tampak mempamerkan kebangkitan apabila mudah menang 21-15 21-18 dalam tempoh 32 minit.

Vivian berkata, kunci utama kejayaan mereka adalah beraksi dengan konsisten.

“Kami rasa lega mara ke separuh akhir. Sebelum ini keputusan tidak menyebelahi kami, dan ia sedikit sebanyak menjejaskan moral kami.

“Saya harap prestasi ini dapat dikekalkan dan mara ke final,” katanya.

Mereka akan bertemu pasangan Indonesia, Anggia Shitla Awanda-Mahadewi Istirani Ni Ketut yang menewaskan beregu Taiwan, Chiang Kai Hsin-Hung Shih Han 21-17, 21-15 pada satu lagi aksi suku akhir.

Berdasarkan tiga rekod pertemuan, kesemuanya memihak kepada pasangan negara dan ini memberi kelebihan kepada Vivian-Khe Wei untuk memburu tiket ke final.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei gagal meneruskan rentak kemenangannya apabila tunduk kepada pilihan keenam Chen Yufei dengan keputusan 14-21, 10-21.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");