Sukan Hari Ini

Wachs selamat dibedah akibat ditembak

BERLIN: Pertahanan Dynamo Dresden, Marc Wachs kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan selepas ditembak dalam insiden yang menyebabkan ibu saudaranya terbunuh manakala bapa saudaranya cedera.

Pemain pertahanan berusia 21 tahun untuk kelab divisyen dua itu cedera parah selepas ditembak di sebuah kiosk di Wiesbaden, berdekatan Mainz pada pagi Selasa.

Dalam kejadian tembakan itu, ibu saudaranya yang juga pemilik kiosk berusia 59 tahun maut manakala Wachs dan bapa saudara berusia 63 tahun dikejarkan ke hospital, selepas turut terkena tembakan.

“Kami terkejut, …seluruh keluarga Dynamo berada di belakang Marc dan keluarganya,” kata pengarah kelab sukan, Ralf Minge.

Polis masih mencari dua suspek insiden tembakan itu dan setakat ini, motif serangan masih belum jelas.

Polis Wiesbaden mengesahkan siasatan awal mendapati tiada sebarang bukti ia berunsurkan rompakan. Wachs menyertai Dresden dari pasukan simpanan Mainz’s pada awal musim dan masih belum bermain untuk Dynamo. – AFP

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");