Membawang Hari Ini

Wan Raja tak kisah anak lebih popular

KUALA LUMPUR: Pelakon, Wan Raja, 39, tidak kisah jika puteri kesayangannya, Seri Aileen Marissa lebih popular apabila jumlah pengikut laman sosial, Instagram anaknya yang kini berusia tujuh bulan lebih tinggi berbanding dirinya dan isteri, Yaya Maembong.

Mengakui keletah anaknya yang dipanggil Seri menjadi tarikan utama yang mendekatkannya dengan pengikut laman sosial, Wan Raja turut terbuka jika penerbit ingin menawarkan cahaya matanya itu peluang berlakon.

Seri sebelum ini, pernah membuat kemunculan istimewa dalam drama terbitan Suhan Movies, Papa Sayang Saya Tak.

“Saya tidak mempunyai masalah jika penerbit berminat mengambil Seri menjayakan produksi mereka. Lakonan sudah menjadi kerjaya tetap saya dan isteri, jadi kami tidak akan menghalang jika nanti Seri juga berminat mengikut jejak langkah kami berdua.

“Saya mengizinkan Seri muncul dalam drama itu kerana adik ipar, Emma Maembong turut berlakon sebagai anaknya. Lagipun, sepanjang sesi penggambaran, isteri ada bersama jadi saya tidak keberatan membenarkannya. Jika bukan kerana Emma ada bersama, mungkin sukar untuk saya mengizinkan,” katanya.

Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu juga akan mempertimbangkan sekiranya Seri menerima tawaran baharu kerana anaknya itu sudah mula menunjukkan minat beraksi di depan kamera.

“Semua itu bergantung kepada jadual saya dan isteri. Walaupun baru berusia tujuh bulan, Seri sudah menunjukkan minatnya apabila di depan kamera. Dia langsung tidak menangis ketika di lokasi penggambaran. Pengalaman pertama itu membuatkan saya mula yakin untuk membenarkan Seri berlakon lagi,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjayanya, Wan Raja sedang menjalani latihan untuk pementasan teater Putera La Galigo yang akan dipentaskan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor bermula 16 hingga 18 Disember ini. Pada masa sama, beliau turut menjalani penggambaran drama bersiri, Andartu dan mengendalikan program Jangan Tutup Lampu.

“Saya terima tawaran mengendalikan program ini kerana ingin mencabar diri. Program itu membawa saya menjejakkan kaki di lokasi mistik. Jika diikutkan, memang saya takut namun semuanya dipermudahkan apabila produksi disertai barisan kru berpengalaman dan ustaz yang akan mengawasi pergerakan kami,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");