Sukan Hari Ini

Wanderley mahu buktikan keupayaan kemudi KL

ADA sesuatu yang ingin dibuktikan Wanderley Junior selepas diberikan tanggungjawab melatih Kuala Lumpur apabila pengendali terdahulu, Ismail Zakaria mengambil keputusan untuk berehat.

Walaupun menyedari cabaran sukar bakal dihadapi Kuala Lumpur dalam Liga Malaysia, namun Wanderley mempunyai ramuan tersendiri dalam membentuk pasukan terbaik.

Malah, kata bekas penolong jurulatih kelab Thailand, Royal Thai Navy FC itu, pengalamannya mengendalikan beberapa kelab akan menjadi sandaran buatnya menggalas tanggungjawab tersebut.

“Saya mempunyai masa dalam minggu ini untuk mengenali pemain dan juga penolong saya, bagi membentuk kerjasama.

“Saya mengharapkan pemain mempamerkan konsistensi, selain fokus dalam setiap perlawanan,” katanya.

Wanderley yang juga pernah membimbing kelab Indonesia, Perseman Manokwari pada 2014 diberikan tempoh percubaan selama enam bulan untuk mengendalikan The City Boys.

Bagaimanapun, Wanderley menyifatkan tempoh percubaan itu langsung tidak mengganggu persediaannya dan mahu membuktikan keupayaannya dalam tempoh tersebut.

Sementara itu, Wanderley juga mengesahkan sedang mencari seorang lagi pemain import bagi kuota Asia di bahagian pertahanan.

Sebelum ini, Kuala Lumpur telah mengikat dua pemain import dari Argentina iaitu Chammoro Chakki (penyerang) dan Alesandro Dul (tengah).

“Saya sudah dimaklumkan oleh pengurusan tentang apa yang mereka inginkan dan saya sedang mencari seorang lagi pemain pertahanan.

“Buat masa sekarang, ada seorang pemain sedang menjalani tempoh percubaan dan saya akan membuat keputusan dalam masa terdekat,” katanya.

Kuala Lumpur musim ini juga bakal diperkuatkan tonggak pertahanan Kedah, Azmeer Yusof dan bekas penyerang Kelantan, Abdul Manaf Mamat.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");