Isu Panas

Wanita Umno Bentang Kad Laporan Mulai Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Bermula awal tahun depan, Wanita Umno akan membentangkan kad laporan tahunan kepada presiden parti bagi mengelak penindasan terhadap ahli dan pimpinan sayap itu di peringkat bahagian.

Perkara itu diumumkan Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil di hadapan 977 perwakilan Wanita Umno pada ucapan penangguhan perhimpunan agung pergerakan itu, petang Rabu.

“Jadi bila puan-puan balik nanti, hitung dan beritahu saya standard yang ada pada ketua bahagian dan semua pemimpin lelaki di bahagian masing-masing, kita nak buat kad laporan.

“Saya nak buat laporan tahunan kepada presiden Umno, siapa antara ketua bahagian yang menindas ketua wanita. Ini saya cakap betul, saya nak buat laporan kalau setiap 191 bahagian kalau ada penindasan daripada ketua bahagian dan Ahli Parlimen yang mengetepikan kita (Wanita), dapat peruntukan tapi satu habuk pun tak bagi dekat kita.

“Ooo… dia ingat kita pencacaikah? Banyak cantik, kita yang kerja mcam nak mati angkat dia jadi YB, buat kerja semua no way, not anymore,” katanya.

Shahrizat ketika ditemui pemberita selepas selesai ucapan penangguhan itu berkata, bagaimanapun beliau belum menerima sebarang laporan berlakunya penindasan membabitkan Wanita Umno oleh ketua bahagian dan Ahli Parlimen.

“Tak ada (laporan). Sebenarnya wanita perlu mempunyai keyakinan diri dan perlu mempertahankan diri sendiri,” katanya.

Namun beliau meminta semua ketua bahagian supaya memberi sokongan padu kepada Wanita pergerakan itu agar mereka dapat menjalankan tugas dengan tenang dan aman terutamanya untuk menguatkan jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");