Membawang Hari Ini

Watak ‘Mia Adriana’ serlahkan Siti Saleha

DRAMA bersiri 7 Hari Mencintaiku meletakkan nama Siti Saleha dalam kelasnya tersendiri. Ternyata watak sebagai Mia Adriana memberi impak terhadap sebahagian penonton siri Akasia tersebut.

Mana tidaknya, gandingan bersama Shukri Yahaya dilihat begitu serasi hingga membuatkan penonton ‘melekat’ sepanjang sejam drama tersebut bersiaran.

Bagi Saleha, impak daripada drama tersebut dapat dilihat apabila dia menyertai program anjuran Media Prima iaitu Jelajah Bas Drama Sangat, baru-baru ini.

“Everybody knew about the drama dan mereka sangat suka gandingan I dan Shukri…and it’s good,” katanya melahirkan rasa terjua dengan sambutan peminat terhadap drama tersebut.

“Sambutan sangat meriah di Johor dan Melaka. Banyak komen positif yang I terima daripada mereka yang hadir.

“Semasa drama ini memasuki episod keempat, rating pun dan cecah jutaan penonton dan I sangat bersyukur,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut adik kepada Sam Bunkface ini, watak Mia Adriana berbeza berbanding watak yang pernah dibawanya sebelum ini.

Ini kerana, Mia adalah seorang yang sangat negatif, kontra dengan dirinya.

“Ramai orang terkejut I boleh bawa watak Mia Adriana. Before this, I selalu bawa watak Mat Salleh dan watak baik sahaja.

“Mia Adriana sombong dan angkuh. Tak boleh duduk di kampung dan tak boleh hidup tanpa duit. Dengan watak ini, I want to prove to the people that I can act,” tegasnya.

Ditanya mengenai projek terbarunya, Saleha mahu berehat seketika daripada mengambil tawaran berlakon drama.

Tambahnya, dia mahu fokus kepada dua telemovie bakal dilakonkannya bulan ini.

“I baru habis shooting drama 7 Hari Mencintaiku dengan sesi penggambaran berlangsung selama tiga bulan.

“Right now, I take a break and will start shooting a telemovie dijangka memulakan penggambaran awal Disember ini.

“Pada masa sama, I akan shooting dalam satu lagi telemovie di Krabi, Thailand this mid December,” katanya.

Teka-teki tarikh perkahwinan

Saleha yang baru mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya Lutfi Azhar berkata, dia masih belum berseia untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya.

“It’s a surprise,” jawabnya ringkas.

Majlis pertunangan pasangan ini diadakan secara tertutup di kediaman keluarganya di Klang.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");