Sukan Hari Ini

Willett masih berbisa

Hong Kong: Juara Masters Amerika Syarikat Danny Willett kembali menemui sentuhannya pada Terbuka Hong Kong semalam selepas mencatat empat di bawah par 66 pada pusingan kedua untuk mencabar kejuaraan.

Pemain Inggeris itu mengakui lega dengan persembahannya pada kejohanan pembuka tirai Jelajah Eropah 2017 susulan kegagalan akhir musim yang menyaksikannya tersingkir daripada 10 tangga teratas ranking dunia.

Selepas mencatat dua bawah par pada pusingan pertama dia bangkit untuk mendahului saingan semalam hasil beberapa birdie biarpun bermula dengan bogey.

“Seronok berada di posisi ini selepas beberapa bulan terakhir,” kata Willet.

Pemain berusia 29 tahun itu turut bergelut dengan kecederaan belakang, yang menyebabkannya terpaksa menarik diri daripada Piala Dunia Golf di Melbourne bulan lalu.

Dia juga terlepas aksi Masters British pada Oktober berikutan kecederaan sama.

“Selepas DP Dunia (Kejuaraan Jelajah Dunia DP), kami berehat beberapa minggu berikutan kecederaan belakang dan berehat sepenuhnya,” katanya.

“Saya datang ke sini pada tahap yang cergas seperti sebulan setengah sebelumnya.”

Dia menambah: “Jelas sekali ia membuktikan mentaliti lebih daripada segala-galanya. Kekecewaan itu, biarpun melakukan pukulan buruk tidak saya biarkan mempengaruhi saya seperti yang saya lakukan beberapa bulan lalu.”

Sejumlah peminat mengekori Willet sepanjang lapangan Fanling itu tetapi rakan senegaranya Justin Rose pemain tumupuan dalam kejohanan itu gagal mempamerkan aksi diharapkan.

Pemenang pingat emas Olimpik dan juara bertahan mengakhiri saingan hari itu dengan satu atas par dan mengakui bimbang tersingkir sehinggalah dia mencatat birdie pada lubang ketiga, ketujuh dan kelapan.

“Saya mencatat satu atas par pada separuh perjalanan sembilan lubang terakhir. Pada kedudukan itu, anda berwaspada dengan penyingkiran dan lega apabila berjaya melepasinya dengan selesa.”

Penyingkiran di Fanling tahun lalu dibuat pada kedudukan par.

Dia hampir melakukan pukulan selubang pada lubang kelapan selepas pukulan tee bergolek hampir sekaki daripada bendera.

“Fooch (kedi Rose, Mark Futcher), mengeluarkan pemukul yang bagus, jadi ia memang berhasil,” guraunya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");