Sukan Hari Ini

Williams bimbang pemain longlai

Melaka: Jurulatih Melaka United Eric Williams nyata gusar dengan persembahan beberapa anak buahnya kerana kurang komited ketika sesi latihan dan perlawanan persahabatan.

Baginya, pemain terbabit beraksi di bawah prestasi sebenar walaupun sudah diberi peluang membuktikan kemampuan masing-masing sejak hampir tiga minggu lalu.

Wililiams berkata, sekurang-kurangnya lima pemain boleh dikategorikan sebagai berada dalam ‘zon bahaya’ dan berisiko untuk dilepaskan jika gagal menepati kehendak dan perancangannya.

“Saya masih memberi ruang kepada mereka untuk membuktikan keupayaan, namun aksi mengecewakan ketika perlawanan persahabatan berdepan FELCRA FC baru-baru ini membimbangkan kami.

“Jika mereka masih tidak meningkatkan prestasi, saya akan berbincang dengan pihak pengurusan untuk melepaskan mereka,” katanya.

Bekas jurulatih Yangon United FC dalam Liga Myanmar itu menganggap kelompok pemain berkenaan tidak dapat menyesuaikan diri dengan taktikal diterapkan sehingga mengakibatkan mereka beraksi buruk.

Bagi beliau, aksi dipamerkan menggambarkan mereka belum sedia untuk bermain dalam kancah Liga Super.

Jurulatih kelahiran England itu berkata, antara langkah bakal diambil adalah meminjamkan pemain berkenaan kepada beberapa pasukan termasuk Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang bersaing dalam Liga FAM musim depan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");