Panasnya Hari Ini

Wujud Pakatan Sulit Antara Tun M, Kit Siang

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini mendedahkan wujudnya pakatan sulit antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang menerusi perjanjian rahsia yang dimeterai 3 Disember lalu.

Memetik sumber Berita Harian, Tunku Abdul Aziz turut mendakwa perjanjian itu menetapkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jelasnya tindakan Kit Siang yang juga Penasihat DAP menamakan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementara adalah satu cubaan ‘political red herring’ (politik mengalih tumpuan).

Ia berikutan kerana jelasnya, Kit Siang percaya pengundi Melayu tidak akan mengundi pakatan pembangkang jika mengetahui pemimpin itu berhasrat menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Sebagai orang yang pernah berada dalam barisan kepemimpinan DAP sebelum ini, saya tahu mengenai perkara ini dan tahu perancangan Kit Siang sebenarnya.

“Saya mengetahui pakatan sulit antara Dr Mahathir dan Kit Siang ini daripada sumber boleh dipercayai dan saya jangka kedua-dua pemimpin itu tidak akan mengaku bertanggungjawab dalam perkara ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pakatan sulit ini tidak disedari pemimpin pembangkang yang lain termasuk Dr Wan Azizah, Muhyiddin dan pimpinan Parti Amanah Negara.

Katanya, beliau yakin pendedahan ini akan mewujudkan pergolakan dalam kalangan pimpinan pakatan pembangkang kerana mustahil perancangan itu dapat diterima secara konsensus dalam kalangan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");