Membawang Hari Ini

Yana kembali ke pawagam dengan filem Happy Birth Death

KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun tidak muncul di layar perak, Yana Samsudin mengubati kerinduan peminat dengan membuat kemunculan dalam filem Cina tempatan berjudul Happy Birth Death yang menemui penonton bermula esok.

Yana berkata, beliau bersetuju untuk membintangi produksi yang menjalani penggambaran pada November tahun lalu itu kerana sudah lama mahu bekerja sama dengan pengarahnya, Don Hoe yang juga kenalan lama.

“Saya mengenali Hoe sejak filem seram pertama terbitannya berjudul In The Dark sekitar tiga tahun lalu. Saya memang tertarik untuk menjalin kerjasama tetapi tidak sangka beliau menawarkan peluang dalam filem pertama arahannya.

“Kali terakhir saya muncul dalam Adnan Sempit 3 dan ini yang terbaharu selepas saya berhijab,” katanya yang ditemui pada majlis tayangan filem berkenaan semalam.

Suri hati kepada Fadzil Zahari itu berkata, filem genre seram itu mengisahkan sambutan hari lahir yang bertukar menjadi tragedi dengan imbasan semula peristiwa kekejaman penjajahan Jepun di negara ini.

Yana berkata, lebih menarik beliau menjayakan watak seorang perempuan Melayu yang berusaha membantu masyarakat Cina tempatan berdepan dengan misteri ketika itu.

“Saya harap semua peminat mengambil peluang menonton filem ini. Bagi saya Happy Birth Death adalah produk untuk semua kaum menonton filem tempatan tanpa mengira bahasa dan bangsa,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Sementara itu Hoe berkata, filem pertama arahannya itu menjalani penggambaran sepenuhnya di Pulau Pinang membabitkan dua latar iaitu pada masa kini dan ketika zaman penjajahan Jepun.

Beliau yang memang meminati genre seram sebelum ini sudah menerbitkan dua filem menerusi syarikatnya Full Billion Entertainment.

“Ini kali pertama saya mengarah sendiri filem terbitan syarikat saya. Memang saya mahu Yana yang juga kawan baik saya berlakon. Saya percaya populariti Yana dapat menarik penonton Melayu ke panggung.

“Filem genre seram juga sesuai untuk semua kaum memandangkan setiap bangsa mempunyai kisah mistik masing-masing,” katanya lagi yang turut memasukkan elemen 1Malaysia menerusi watak yang dijayakan Yana.

“Saya berharap musim cuti sekolah dan genre seram yang ditampilkan dapat menarik penonton ke pawagam,” katanya yang juga dalam perancangan untuk menghasilkan filem berjudul Badminton.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");