Membawang Hari Ini

Yasmin Hani dapat anak lelaki

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani selamat melahirkan anak keduanya, Selasa lalu. Bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, di sini pada jam 2.07 petang.

“Pada mulanya, saya cuba melahirkan bayi kedua ini secara normal.

“Namun, atas beberapa komplikasi yang dilalui, saya akhirnya dimasukkan ke wad pembedahan.

“Saya bersyukur semuanya selamat dan tidak berdepan dengan kesulitan teruk,” katanya kepada BH Online.

Anak pertama hasil perkongsian hidupnya dengan Shaarin juga lelaki iaitu Noah berusia tiga tahun.

Ketika ini, Yasmin yang mengendalikan program Muzik@Ria dan terkenal dengan tagline Watchaaa, belum bersedia untuk berkongsi gambar anak keduanya itu.

“Malah nama bayi ini juga belum diputuskan. Noah juga gembira dengan kehadiran adiknya,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");