Membawang Hari Ini

Yatt Hamzah dapat anak perempuan

KUALA LUMPUR: Hasil perkongsian hidup dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin yang dinikahi Februari lalu, Yatt Hamzah selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju, di sini, pada jam 9.14 pagi tadi.

Si comel seberat kira-kira 3 kilogram itu adalah anak kedua Yatt. Pada perkahwinan lalu, Yatt dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika yang kini berusia enam tahun.

Berita gembira itu dimaklumkan Zulfadhli melalui aplikasi WhatsApp kepada BH Online.

“Jika diikutkan, sejak dua hari lalu Yatt sudah rasa seperti mahu bersalin. Hanya kira-kira jam 4 pagi tadi baru air ketuban pecah.

“Isteri saya dimasukkan hospital sejak semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya sendiri menyaksikan perjuangan isteri melahirkan bayi di bilik pembedahan.

“Ia momen yang cukup indah dan berharga. Perasaan bercampur baur. Saya gembira, teruja dan bersyukur pada masa sama,” katanya.

Menurut Zul lagi, dia dan isteri berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan anak mereka.

“Tak kira jauh atau dekat, kami amat hargai doa dan kasih sayang mereka,” katanya.

Setakat ini, pasangan ini belum memutuskan nama untuk anak mereka. Yatt dan Zul bernikah pada 27 Februari lalu.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");