Sukan Hari Ini

Zahasmi Sedia Galas Tugas Berat Bersama Kelantan

PETALING JAYA: Bekas pengendali Kelab Bola Sepak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Zahasmi Ismail diumumkan sebagai jurulatih baharu Kelantan musim 2017.

Zahasmi yang pernah mengemudi The Red Warriors dua tahun lalu bagaimanapun bersedia untuk menggalas semula cabaran tersebut.

“Orang mempunyai persepsi negatif bahawa bola sepak Kelantan dibadai krisis… dengan cakap-cakap masalah kewangan dan beberapa pemain akan meninggalkan pasukan. Itu bukan isu bagi saya walaupun orang kata saya ambil risiko besar.

“Saya bersedia untuk berdepan cabaran itu. Saya yakin dengan pihak pengurusan untuk mengurus sebuah pasukan bagi musim baharu. Saya akan kembali bekerja dalam tempoh beberapa hari lagi dan memperkemaskan senarai pemain dengan pihak pengurusan. Ia tidak menjadi masalah kerana saya juga dari Kelantan.

“Saya lebih memahami orang di sini. Saya beraksi selama 22 tahun untuk negeri ini dan saya mahu mereka cemerlang. Saya fikir kami ada kira-kira 20 pemain dari skuad sedia ada. Biar pihak pengurusan selesaikan perkara ini.

“Sebagai pemain bola sepak, pemain perlu fokus pada perlawanan… kemudian, kita boleh memenangi semula hati penyokong,” kata Zahasmi selepas dilantik secara rasmi sebagaijurulatih di Kota Baru pada Rabu.

Ia bukan tugas mudah buat Zahasmi ketika Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bulan lalu.

Pemangku Presiden Kafa Datuk Seri Afandi Hamzah berkata mereka akan memberi kebebasan kepada Zahasmi untuk mengemudi pasukan termasuk pemilihan pemain.

“Zahasmi bukan nama asing dalam bola sepak Kelantan. Dia pernah bergelar pemain dan jurulatih dan kami percaya dia boleh menguruskan pasukan untuk musim baharu,” kata Affandy.

Antara pemain senior dalam skuad Kelantan adalah Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Muhd dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan pernah dibimbing lima jurulatih sejak dua musim lalu.

Musim ini, K Devan digantikan dengan Velizar Popov dari Bulgaria.

Tahun lalu, tugas jurulatih Kelantan pernah digalas George Boateng, Mohd Azraai Khor dan Zahasmi.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");