Sukan Hari Ini

Zaini pemain terbaik

Kuala Lumpur: Seramai 50 pemain mengambil bahagian pada kejohanan golf Allianz Malaysia bersama media di TPC Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kejohanan tahunan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta kerjasama Allianz dengan pengamal media elektronik dan media cetak di negara ini. Ia juga sebagai menghargai sumbangan media terhadap Allianz selama ini.

Kali ini, pasukan yang diwakili oleh Selva Rajan (Business Today), Zul Othman (Malaysia Reserve), Zulkifli Ahmad (Astro Arena) dan Zaini Salihin (Media Prima) muncul juara dengan mengumpul 138 mata.

Kedua pasukan yang diwakili Rastam Ariffin (Allianz), Rosli Safar (Berita Harian), Jeffrey Mun (Sin Chew Daily) dan Mutazar Abd Ghani (Berita Harian) dengan mengumpul 131 mata manakala Rasid Rahaman (Berita Harian), Lokman Zainal Abidin (Harian Metro), Aznan Bakar (Utusan Malaysia) dan Joseph Raj (Malay Mail) di tempat ketiga dengan 128 mata.

Ketiga-tiga pasukan menerima hadiah berupa piala iringan dan baucar Aeon.

Bagi anugerah pemain terbaik pula Zaini muncul juara dengan 40 mata. Zul di tempat kedua dengan 38 mata manakala Aznan di tempat ketiga dengan 37 mata.

Manakala bagi hadiah novelti pula, Joseph memenangi hadiah pukulan terdekat ke lubang dengan jarak 7 kaki 3 inci. Pukulan terdekat dengan garisan dimenangi Pizan Mustapa dari NSTP dengan jarak 9 inci. Sementara Lokman memenangi hadiah pukulan terjauh dengan jarak 240 meter.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");