Membawang Hari Ini

Zarul Umbrella dalam dilema

KUALA LUMPUR: Menyudahkan misi dalam musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV3) dengan menduduki tempat ketiga, Zarul perlu membuat keputusan penting berhubung masa depannya.

Dalam tempoh terdekat, bekas vokalis kumpulan Umbrella ini perlu membuat keputusan sama ada mahu terus ‘terbang’ di awan biru bersama Malaysia Airlines atau menjadi artis sepenuh masa.

Zarul yang bertugas sebagai pramugara dengan syarikat penerbangan itu sejak 16 tahun lalu, perlu memberitahu majikan mengenai kedudukannya selepas tempoh cuti menghampiri penghujung.

Setakat ini, Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 43, belum mendapat petunjuk mengenai keputusan yang perlu dibuat.

“Sehari dua lagi, saya akan buat keputusan. Tengoklah macam mana apabila bangun tidur…adakah saya akan masih menggalas bagasi dan menyarung pakaian seragam pramugara atau sebaliknya.

“Jujurnya, keputusan yang saya hendak buat ini sangat berat. Saya sangat suka kedua-dua cabang kerjaya ini,” katanya kepada BH Online.

Namun, Zarul mengakui beliau perlu bijak menyusun hala tuju masa depan.

“Nak lepaskan satu-satu kerja, kena fikir masak-masak. Nak pilih kedua-duanya pula, saya bimbang akan terkejar-kejar nanti.

“Saya kena lakukan timbang tara dan semoga Tuhan tetapkan hati saya membuat keputusan yang sebaik mungkin dalam hidup ini.

“Macam-macam aspek saya kena kaji, termasuk dalam soal pendapatan dan masa hadapan.

“Selama ini, saya memang sudah begitu selesa bekerja di awan biru. Pada masa sama, minat dalam dunia seni tak pernah terhakis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zarul memberitahu, beliau dilantik sebagai duta aplikasi penstriman Music Astro, Raku, mulai 1 Januari ini. Zarul juga akan terbabit acara Zarul’s Hi Tea Party di Hotel Royal Kuala Lumpur anjuran Double Antz Entertainment pada 1 Januari ini.

Acara itu akan bermula jam 3 petang hingga 7 malam, tiket dijual pada harga RM160 dan RM120 dan boleh hubungi talian 017-2090922 atau 012-3229934. Atau boleh rujuk di Instagram penyanyi ini di bawah nama @zarulumbrella

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");