Berita Hari Ini

1 Muharam Diubah Ke 22 September

KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha mengumumkan bahawa tarikh 1 Muharam 1439H di dalam kalendar diubah dari 21 kepada 22 September 2017.

Beliau menerusi satu kenyataan hari ini berkata perubahan ini adalah ralat berbentuk teknikal yang disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak JAKIM ketika meneliti semula data bulan Zulhijjah.

“JAKUM Merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM)mengenai perkara berkaitan.

“Adalah dimaklumkan perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar adalah dari 21kepada 22 September 2017,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");