Perak Hari Ini

100 Terima Sumbangan Tahun Baru Cina

IPOH : Seramai 100 orang daripada pelbagai kaum menerima sumbangan berbentuk kuih raya dan ‘angpau’ di Program Sekalung Budi sempena Sambutan Tahun Baru Cina, hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Masyarakat Sivil (MMS) itu sudah memasuki tahun ke enam penganjurannya yang bukan hanya kepada Tahun Baru Cina, malah termasuk perayaan kaum-kaum lain.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man hadir ke majlis tersebut dan turut menyampaikan sumbangan kepada penerima.

Dalam ucapannya, Zamri berkata, orang ramai wajar untuk sentiasa cuba memahami pengajaran di sebalik sesuatu perayaan yang disambut secara bersama.

“Sebenarnya pengertian ini amat penting kerana jika ia tidak difahami dengan betul, maka sesuatu perayaan itu akan hanya tinggal sebagai suatu ‘ritual’ semata-mata tanpa apa-apa makna.

“Maka, wajarlah bagi kita untuk sentiasa cuba memahami pengajaran di sebalik sesuatu perayaan yang kita sambut bersama,”katanya.

Turut hadir ke majlis yang diadakan di Dewan Bandaran ialah Setiausaha Bandaraya, Zakuan Zakaria dan Ketua WHIP MMS, Sani Kamaruddin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");