Perak Hari Ini

11,182 Anak Muda Dapat Pekerjaan Menerusi PeKA

BAGAN DATUK : Seramai 11, 182 anak muda di negeri ini berjaya memperoleh pekerjaan menerusi Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) sepanjang tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, bagi tempoh 2011 hingga 2016, bilangan yang telah berdaftar dengan PeKA untuk mencari pekerjaan adalah sebanyak 61,045 orang.

“Daripada jumlah itu, 40,681 telah berjaya mendapatkan peluang pekerjaan melalui PeKA selama lima tahun,”katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas ketika ditemui selepas Program Fit Perak @ Bagan Datuk, hari ini.

Pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk telah merasmikan Fit Perak @ Bagan Datuk di padang Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) hari ini.

Zambry berkata lagi, menerusi program Permukiman Menteri Besar Perak ke setiap daerah, ianya turut memfokuskan peluang pekerjaan yang disediakan kepada golongan muda.

“Saya menyarankan agar anak muda datang ke PeKA selain daripada Jabatan Tenaga Kerja.

“PeKA adalah satu inisiatif kerajaan negeri yang kita wujudkan sebagai pendekatan kerana kerajaan negeri amat prihatin dengan mereka dan kita ingin membantu mereka mendapat pekerjaan melalui pendekatan sebegini,”katanya.

Dalam masa yang sama, Zambry turut menyeru semua golongan belia dari pelbagai kaum di negeri ini untuk mendaftarkan diri menerusi PeKA untuk mencari peluang pekerjaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");