Perak Hari Ini

180 Peserta Tamatkan CSG Siri 1/2017

IPOH : Seramai 180 orang pengawal keselamatan telah menamatkan Kursus Certified Security Guards (CSG) bagi Siri 1 Zon Utara yang berakhir hari ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak, SAC T Selven berkata, kursus tersebut telah bermula pada 22 Januari lalu.

“CSG adalah satu program dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Program ini telah mewajibkan semua pengawal keselamatan yang hendak berkhidmat perlu menghadiri kursus ini,”katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan di Dewan Utama Kompleks Latihan/Sukan, Jalan Pasir Puteh, di sini.

Mengulas lanjut, kursus yang diadakan selama enam hari itu bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu serta perkara-perkara berkaitan.

Ianya termasuklah berkaitan dengan undang-undang, kepimpinan, latihan jasmani, latihan kawad, latihan pengendalian cota dan peraturan-peraturan pegawai awam.

“Bermula pada tahun 2015 sehingga kini, Bahagian Latihan/Sukan telah menerima seramai 3,791 orang peserta yang telah berkursus di sini.

“Setiap siri yang dijalankan, lebih 40 penyertaan dari syarikat-syarikat yang berdaftar,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Selven berkata, pihaknya telah melancarkan Ops Langkah Jenayah Khas di lokasi pelancongan di negeri ini bermula 25 Januari lalu.

Ujarnya, ianya merangkumi 165 pegawai daripada pihak polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berkaitan di Perak.

“Kita akan memantapkan lagi usaha-usaha pencegahan jenayah semasa musim perayaan bagi menjaga keselamatan orang ramai,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");