Perak Hari Ini

2,000 Pelajar Bagan Datuk Terima Sumbangan Deposit SSPN-i

BAGAN DATUK : Seramai 2,000 pelajar-pelajar Tahun 1 juga pelajar dari keluarga dalam kategori B40 di daerah ini menerima sumbangan deposit SSPN-i daripada PTPTN yang merupakan sumbangan tanggungjawab sosial korporat.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, beliau mengharapkan sumbangan ini dapat menjadi pemangkin kepada ibu bapa untuk memula dan meneruskan penabungan dan seterusnya menabung secara konsisten.

“Semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan Negara 2017 yang lalu, beliau telah mengumumkan bahawa kerajaan menyediakan pemberian Insentif Khas Geran Sepadan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i kepada pelajar Tahun 1 sekolah bantuan penuh kerajaan.

“Ini bermakna, bermula 1 Januari 2017, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang membuat simpanan untuk anak-anak mereka yang merupakan pelajar Tahun 1 sekolah bantuan penuh kerajaan akan menerima tambahan keistimewaan Insentif Khas Geran Sepadab iaitu deposit percuma bernilai RM50,”katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Insentif Khas Geran Sepadan dan Kempen Jom Menabung di Dewan Besar, Sungai Sumun, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan Exco negeri.

Mengenai Kempen Jom Menabung, Shamsul Anuar berkata, kempen yang julung kali diadakan oleh PTPTN itu berkonsepkan dalam mengarusperdanakan penabungan pendidikan di kalangan masyarakat Malaysia.

“Menerusi program ini, ianya bertujuan untuk mendidik dan membudayakan amalan penabungan di kalangan masyarakat Malaysia.

“Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memperkenal dan menyebarluas mengenai insentif Geran Sepadan melalui penabungan SSPN-i atau SSPN-i Plus sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan Negara 2017,”katanya.

Ujarnya lagi, Karnival Jom Menabung Bersama Tabung Pendidikan di Bagan Datuk merupakan petanda yang baik untuk meletakkan PTPTN di tengah masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");