Berita Hari Ini

23,092 bas gagal pemeriksaan PUSPAKOM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23,092 bas atau 32 peratus gagal melepasi pemeriksaan di PUSPAKOM Sdn Bhd sepanjang tahun lalu kerana kenderaan tidak mengikuti piawaian keselamatan ditetapkan.

Sejumlah 72,225 pemeriksaan bas dijalankan di PUSPAKOM seluruh negara antara Januari hingga Disember 2016.

Jabatan Komunikasi dan Khidmat Pelanggan PUSPAKOM, dalam kenyataannya hari ini turut memaklumkan bagi kategori pemeriksaan berkala, 45,419 pemeriksaan bas dijalankan tahun lalu dan sebanyak 16,850 pemeriksaan atau 37 peratus, gagal.

“Bas yang gagal ini tidak akan diberikan ‘perakuan pemeriksaan’ dan perlu melalui ujian yang sama semula. “Maklumat ini dikongsikan dengan pihak penguat kuasa untuk tindakan mereka. PUSPAKOM hanya menjalankan pemeriksaan yang perlu di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ), ” katanya.

Dalam pada itu, syarikat itu juga mahu semua pihak beri kerjasama menyalurkan maklumat dan bukti kepada PUSPAKOM dan SPRM berhubung dakwaan wujud pihak ketiga yang bertindak sebagai orang tengah bagi memastikan kenderaan diperiksa lulus ujian.

“PUSPAKOM ingin menekankan ia tidak pernah mengiktiraf atau berkompromi dalam memastikan setiap ujian kenderaan dilakukan mengikuti piawaian ditetapkan.

“Jangan sesekali tertipu oleh helah licik pihak ketiga yang mendakwa mereka dapat memastikan kenderaan lulus pemeriksaan PUSPAKOM dengan bayaran tertentu, ” katanya.

Pemeriksaan dijalankan syarikat itu berdasarkan kepada APJ dan sesebuah kenderaan akan gagal pemeriksaan jika keadaannya tidak selamat untuk dipandu dan tidak mematuhi piawaian.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");