Jenayah

254 gading gajah dirampas JKDM KLIA

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (JKDM KLIA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 254 gading gajah seberat 846.2 kilogram Ahad lalu, yang dianggarkan bernilai RM7.2 juta.

Pengarah Kastam JKDM KLIA, Datuk Hamzah Sundang, berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan daripada orang awam sebelum menjalankan pemeriksaan di Gudang Kargo Udara di Zon Perdagangan Bebas KLIA.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan pada 1 Januari lalu mendapati ada 17 kotak mengandungi gading gajah yang diterbangkan menggunakan penerbangan Turkish Airways dari Kinshasa, Republik Congo.

“Siasatan awal menunjukkan gading gajah yang dirampas itu diisytiharkan sebagai sampel kayu pada label yang tertera manakala segala alamat dan pengenalan diri yang terkandung dalam dokumen adalah palsu. Setakat ini, siasatan sedang dijalankan dan belum ada tangkapan dilakukan,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barangan larangan tanpa permit.

“Jika bersabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda minimum 10 kali nilai barangan atau maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau hukuman penjara sehingga tiga tahun,” katanya pada sidang media khas di Kompleks Kastam KLIA, di sini hari ini.

Gading gajah adalah barang yang dilarang pengimportannya di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 686), kecuali dengan permit yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");