Jenayah

410 tong gas dirampas

Georgetown: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang rampas 410 tong gas bernilai RM29,420 dipercayai disimpan tanpa lesen di sebuah premis di Bukit Mertajam semalam.

Pemeriksaan jam 4.20 petang itu membabitkan sepasukan lima pegawai penguatkuasa KPDNKK negeri hasil aduan dan maklumat awam.

Pengarah KPDNKK negeri, Mohd Nawardi Saad berkata, dalam pemeriksaan itu 126 tong seberat 50 kilogram dan 284 tong seberat 14 kilogram dirampas.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan atau memiliki barang kawalan tanpa lesen.

“Sabit kesalahan boleh didenda RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan Walkabout SempenaSkim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Pasar Batu Lanchang, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");