Berita Hari Ini

Perniagaan 1MDB sah

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menegaskan ia mempunyai operasi perniagaan sah dalam sektor hartanah dan pengeluaran tenaga.

Justeru, ia menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya dana tajaan Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB diperoleh dari wang yang dicuri.

“Dana yang dijana daripada operasi perniagaan ini menyumbang kepada Yayasan 1MDB, kemudian menggunakan dana terbabit untuk menaja Program Khas Haji ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Yayasan 1MDB juga menyediakan penajaan sejumlah RM690 juta untuk tujuan kebajikan di seluruh negara serta dirasai semua rakyat.

Penajaan itu menurut kenyataan itu meliputi 60 projek dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan belia dan perkhidmatan masyarakat, yang memberi manfaat kepada 2.8 juta rakyat.

“Contoh aktiviti seperti ini boleh didapati di laman web 1MDB antaranya daripada geran dana PIBG, geran akademik untuk pelajar STPM dan SPM serta Dana Belia 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia,” jelas kenyataan itu.

Selain Program Khas Haji, Yayasan 1MDB juga menyokong program-program lain seperti Program SPM Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang kini sudah menaja lebih 600 sarjana dari semua kaum.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");