Jenayah

95 saman, 3 ditahan dalam Ops Ambang Tahun Baharu

PORT DICKSON: Polis Port Dickson mengeluarkan sebanyak 95 saman atas pelbagai jenis kesalahan dalam sekatan jalan raya dan Ops Cantas Ambang Tahun Baharu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Adzli Abu Shah berkata, dalam operasi sama polis juga polis menahan tiga individu lelaki atas kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983.

Menurutnya, dalam kedua-dua operasi itu, polis telah memeriksa 201 individu, 126 kenderaan membabitkan 92 buah motosikal, 33 kereta dan sebuah van.

“Operasi dijalankan serentak bermula jam 9 malam 31 Disember hingga 3 pagi 1 Januari di tujuh lokasi antaranya kilometer (km) 11 Jalan Lukut-Sepang, km17 Jalan Seremban, Lukut, Telok Kemang, Port Dickson dan Jalan Bypass,” katanya.

Adzli berkata, sepanjang tempoh itu terdapat juga anggota bertugas yang melakukan rondaan samseng jalanan dan mat rempit di sekitar Batu 4 Jalan Pantai hingga ke kawasan Lukut dan Telok Kemang.

“Operasi ini dilaksanakan bagi tujuan pencegahan jenayah termasuk memberkas ahli kongsi gelap, penjenayah dikehendaki, mat rempit serta samseng jalanan,” katanya.

Seramai 12 pegawai dan 48 anggota polis pelbagai cawangan dan balai di daerah Port Dickson terlibat dengan kedua-dua operasi ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");