Berita Hari Ini

Abu Hassan Din dirawat di IJN

KUALA LUMPUR: Tokoh agama yang juga pendakwah terkenal, Datuk Abu Hassan Din, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini sejak Ahad lalu dipercayai mengalami masalah jantung.

Abu Hassan, 71, yang juga adik kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din dibawa ke IJN dari Pulau Pinang menaiki kereta dipandu isterinya, Datin Rosbi Shabudin, 63, selepas mengadu sakit dada.

Anaknya, Shahirah, 38, berkata bapanya berada di Pulau Pinang kerana menghadiri program jelajah ilmu bagi mengumpul dana Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KOTARAJA), Ipoh, Perak.

Katanya, keadaan bapanya yang juga penaung KOTARAJA ketika ini masih lemah dan cepat penat walaupun keputusan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pertengahan bulan lalu di IJN menunjukkan tiga saluran arteri di jantungnya tiada masalah.

“Doktor akan membuat imbasan jantung kerana mengesyaki jantung lemah,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Shahirah berkata, bapanya mengadu jantung rasa pedih sebelum diberi ubat yang kebiasaannya akan pulih selepas 10 minit, namun bapanya terus mengadu sakit dan penat sehingga memaksa ibunya memandu sendirian dari Pulau Pinang dan tiba di IJN jam 12.30 tengah hari.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");