Membawang Hari Ini

Akim nak jadi ketua keluarga berwibawa

KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun yang ke-26, penyanyi Akim Ahmad berharap dapat menjadi figura berwibawa untuk keluarganya.

Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad berkata, beliau juga berdoa agar dirinya diberikan kesihatan tubuh badan demi menyara keluarga kecilnya.

“Sama seperti azam tahun baharu, saya berharap diberikan kesihatan tubuh badan untuk mencari rezeki buat keluarga. Malah, isteri juga sedang sarat mengandung dan bakal melahirkan tidak lama lagi.

“Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, oleh itu saya berharap dapat menjadi nakhoda yang baik untuk dicontohi anak-anak.

“Mungkin ramai yang tidak menduga, saya sebenarnya seorang yang tegas dalam mendisiplinkan anak. Kiranya bukan saja memanjakan anak, sikap tegas itu penting untuk mendidik,” katanya kepada BH Online.

Akim yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Januari dan penyanyi, Stacy, mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Penyanyi wanita terbabit yang sedang hamil lapan bulan mempunyai seorang anak angkat berusia enam tahun, Bella.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");