Membawang Hari Ini

Akim padam gambar keluarga elak peminat bertelingkah

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Akim Ahmad, terkilan apabila gambar sekeluarga bersama isteri, Stacy, dan anak menjadi bahan pertelingkahan di kalangan netizen.

Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad, 26, berkata beliau mengambil pendekatan memadamkan gambar itu kerana enggan memanjangkan isu terbabit.

Tegas vokalis The Majistret terbabit, pembuka tahun 2017 tidak seharusnya disambut dengan anasir negatif sebegitu.

“Saya tidak menyangka pula gambar untuk mengucapkan tahun baharu dan penghargaan kepada peminat menjadi tempat bergaduh. Tujuan utama ia dimuat naik kerana saya ingin menyambut 2017 dengan tangan terbuka dan aura positif.

“Malah, saya juga jarang memuat naik gambar bersama keluarga, namun begini pula jadinya. Peminat bertelingkah mengenai baju yang dipakai Stacy kerana menampakkan bentuk tubuh. Sebenarnya baju itu selesa digayakan oleh ibu yang sarat mengandung sepertinya.

“Lebih baik gambar itu dipadam kerana saya tidak mahu peminat terus bergaduh di ruangan komen. Saya yakin itulah tindakan terbaik,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, sekeping gambar Akim bersama Stacy dan anak mereka, Bella, yang dimuat naik di Instagram menjadi tempat netizen bertelingkah apabila sebahagiannya yang mengutuk cara pemakaian penyanyi lagu Romeo itu.

Dalam perkembangan terbaharu, Akim baharu saja selesai proses pemilihan tiga protege untuk berada di bawah bimbingannya dalam program Mentor Milenia musim kedua.

“Tiga protege saya sudah pun dipilih, namun ia hanya akan diumumkan pada sidang media khas Mentor Milenia yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat. Saya sudah tentu berharap dapat berkongsi serba sedikit ilmu dengan protege yang dipilih,” kata Akim.

Selain itu, Akim juga sibuk dengan latihan untuk persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31) pada 22 Januari ini dan kemunculan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 20 Februari.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");