Berita Hari Ini

Akta Syarikat 31 Januari ini

AKTA Syarikat yang dilulus Parlimen tahun lalu akan dikuat kuasa berperingkat bermula 31 Januari ini.

Akta Syarikat 2016 itu bakal menggantikan Akta Syarikat 1965 dan akan memberikan suntikan baru ke arah pemudahcaraan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Seri Jamil Salleh berkata, inisiatif untuk memodenkan kerangka perundangan korporat itu diharap dapat membudayakan semangat keusahawanan di kalangan masyarakat awam, memandangkan terdapat pelbagai polisi yang bakal beri impak positif terhadap syarikat.

“Antara polisi itu termasuklah pengenalan konsep penubuhan syarikat oleh seorang pemegang saham dan seorang pengarah merupakan suatu pemudahcaraan bagi memulakan perniagaan.

“Di bawah akta baharu, terdapat pelbagai ‘deregulatory measures’ diperkenal. Sebagai contoh, mesyuarat agung tahunan tidak lagi perlu diadakan syarikat persendirian, sebaliknya resolusi syarikat boleh dibuat melalui resolusi edaran sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Bagi tujuan melancarkan lagi pelaksanaan Akta Syarikat ini, katanya, Peraturan-Peraturan Syarikat 2017 juga dikuat kuasa tarikh sama.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SSM yang juga Pendaftar Syarikat, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata, peraturan itu menggariskan cara dan bagaimana syarikat buat penyerah simpanan dokumen dengan SSM serta yuran berkaitan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");