Isu Panas

AMANAH Akan Terpinggir Jika Datangkan Kekecaluran

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (AMANAH) pasti akan terpinggir sekiranya mereka mendatangkan kecelaruan kepada suasana politik negara, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan PAS mengatakan partinya penyebab kekacauan kepada suasana politik dalam negara.

“Kalau benar tuduhan PAS (AMANAH penyebab kekacauan), kenapa yang lain (parti pembangkang lain) boleh berkawan dengan AMANAH?” katanya, lapor Sinar Online.

Katanya lagi, selalunya parti yang bermasalah itu adalah parti yang ditinggalkan atau mengasingkan diri daripada yang lain.

“Parti yang bermasalah ini orang tak suka. Macam PAS, kita sentiasa buka pintu untuk PAS, tapi PAS yang tak mahu. Kita sedia untuk rundingan tapi PAS tetap menolak,” katanya lagi.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menasihatkan AmMANAH supaya menumpukan perhatian terhadap isu dalaman parti dari terus memberi serangan kepada PAS.

Menurutnya, AMANAH sepatutnya sedar yang merekalah penyebab timbulnya kecelaruan dalam suasana politik negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");