Panasnya Hari Ini

Anak Syarikat Felda Rugi RM155 juta, Hutang RM154 juta

KUALA LUMPUR : Sebuah anak syarikat milik penuh Felda, Felda Wellness Corporation Sdn Bhd didakwa rugi RM155 juta, berhutang RM154 juta dan turut didakwa menggunakan wang rakyat bagi menanggung perbelanjaan keluarga.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Felda Wellness Corporation adalah anak syarikat milik penuh dimana Felda menyuntik RM5 juta tunai sebagai modal awal syarikat tersebut.

Jelas Naib Presiden PKR itu, sejak ditubuhkan, syarikat tersebut hanya beroperasi sekitar dua tahun setengah sebelum ia diisytiharkan muflis pada awal Mac 2016 setelah Mahkamah Tinggi membenarkan saman tuntutan hutang oleh sebuah syarikat farmaseutikal dari Australia, Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd.

“Godagen Pharmaceuticals telah menuntut hutangnya sebanyak RM2.1 juta dari Felda Wellness Corporation yang tidak dibayar. Antara rumusan yang saya dapat simpulkan dari kenyataan itu ialah, Gordagen telah berkali-kali menuntut hutangnya selama 14 bulan tetapi tidak dihiraukan oleh pengurusan Felda Wellness Corporation.

“Hutang Felda Wellness Corporation kepada Gordagen adalah bagi perkhidmatan yang termaktub di dalam perjanjian-perjanjian yang dimeterai atas persetujuan dan arahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Wellness Corporation, Mohd Nasir Shafion dan bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Wellnes Corporation, Muhammad Sufi Mahbub.

“Salah satu dari perjanjian itu menetapkan bahawa dana dari Felda Wellness Corporation digunakan untuk membayar gaji dan kos sara hidup anak kepada Muhammad Sufi, Athirah Sufi di Australia,”katanya menerusi satu kenyataan.

Rafizi berkata lagi, jumlah hutang pada ketika syarikat itu diisytiharkan muflis adalah RM154 juta malah beliau juga mengsyaki sebahagian besarnya hutang kepada anak-anak syarikat Felda yang lain.

“Sya tahu satu laporan polis telah dibuat terhadap individu tertentu yang dinamakan di atas tetapi sehingga kini, semakan saya menunjukkan tidak ada satu keputusan atau hukuman telah dibuat,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");