Perak Hari Ini

APMM Tahan 8 Bot, Kru

LUMUT :   Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3(DM 3) Lumut telah menahan lapan kru kapal  di perairan negeri ini kerana disyaki mengorek dan memindahkan pasir di luar kawasan yang dibenarkan, Ahad lalu.

Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kepten Maritim Zulinda binti Ramly berkata, sebuah kapal korek Hai Tai 2 dan Kapal Pengangkut Pasir Teratai 777  turut ditahan kira-kira 27.5 batu nautika dari Pulau Pangkor, Perak di sini pada jam 7 petang.

Mengulas lanjut, Zulinda berkata, bot Kilat 11 yang diketuai Bintara Muda Maritim Mohd Ramzuzaman Abu Hasan berpangkalan di Lumut telah menahan kapal korek dan kapal pengangkut pasir berkenaan ketika melakukan rondaan dan pengkuatkuasaan di perairan Negeri Perak.

“Siasatan awal mendapati kapal korek Hai Tai 2 dan Kapal Pengangkut Pasir Teratai 777 telah di syaki melakukan kesalahan di bawah Akta Pelantar benua 1966 kerana mengorek pasir dan memunggahkan pasir diluar kawasan yang dibenarkan.

“Kedua-dua kapal tersebut masing-masing terdiri daripada lapan orang kru berumur lingkungan 25 hingga 55 tahun sedang melakukan aktiviti mengorek dan memunggahkan pasir semasa rondaan dan pemeriksaan dijalankan oleh Bot Kilat 11,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kapal dari China  telah disewakan kepada sebuah syarikat tempatan itu membawa kru seorang warga Indonesia dan selebihnya adalah warga China.

Menurutnya lagi, kes akan disiasat dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Kedua-dua kapal tersebut telah ditahan dan diiringi ke Perairan Lumut oleh Bot Kilat 11.

“Seramai lima orang kru telah dibawah ke Pejabat Daerah Maritim 3 Lumut pada jam 11.30 malam untuk siasatan lanjut, ” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");