Membawang Hari Ini

Ayda Jebat tunai ‘hajat besar’ di Jakarta

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali tertangguh, Ayda Jebat akhirnya bakal melancarkan single popularnya, Pencuri Hati versi dangdut di Indonesia, awal Februari ini.

Ketika ini, perancangan terakhir sedang dibuat bagi membolehkan Ayda terbang ke Jakarta, tidak lama lagi. Projek pelancaran single terbabit yang sudah dimuat naik di laman YouTube, beberapa tertangguh disebabkan jadual kerja Ayda yang padat.

Ayda berkata, single terbabit dihasilkan khusus untuk pasaran Indonesia.

“Sepatutnya saya berangkat ke Jakarta, bulan lalu tetapi hajat itu tidak kesampaian kerana ada beberapa komitmen yang perlu dipenuhi,” katanya kepada BH Online.

Ayda berkata, selain mempromosikan single Pencuri Hati versi dangdut, dia mahu mencari peluang memperkenalkan dirinya di pasaran muzik Indonesia.

“Syukur saya mendapat maklum balas yang baik daripada peminat di Indonesia, saya harap berpeluang bertemu mereka.

“Saya tahu bukan mudah menembus pasaran Indonesia, tetapi tidak salah mencuba,” katanya.

Ayda yang kini popular dengan single terbaharu Nakal Nakal Nakal memberitahu, dia merancang menerbitkan single duet bersama seorang penyanyi Indonesia.

“Ini antara projek yang dirancang tahun ini. Jika semuanya lancar saya akan maklumkan,” katanya yang enggan memberitahu identiti penyanyi Indonesia terbabit.

Dalam perkembangan lain, peminat penyanyi yang berasal dari Melaka ini boleh menonton filem terbaharu lakonannya, Pinjamkan Hatiku pada pertengahan tahun ini.

Dalam filem itu, Ayda berganding dengan Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

“Saya tidak sabar menanti tayangan filem itu. Saya juga bakal muncul dalam drama sempena Ramadan. Saya teruja menunggu sambutan dan reaksi peminat terutama kelab AJ Screamer,” katanya.

Sementara itu, Ayda berkata, dalam kesibukan mengatur kerjaya seni, dia bercadang menyambung pengajian di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), tahun ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");