Sukan Hari Ini

Azman belum mahu gantung wisel

Melaka: Derita bekas pengadil Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Mohd Azman Salim, 50, selepas kaki kanan yang terpaksa dipotong hingga di bawah lutut akibat diabetes mendapat perhatian jawatankuasa Pengadil MUSA, semalam.

Beliau yang kini berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) hanya berehat di rumah sewanya di Taman Limbongan Permai di sini akibat tidak mampu melakukan kerja berat.

Azman menyatakan beliau menerima ketentuan ke atas dirinya, malah tidak pernah kesal kehidupan sederhana dengan hanya memperoleh peruntukan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak beberapa bulan selepas hilang pekerjaan.

“Sememangnya kesukaran hidup yang dilalui amat pedih dengan serba kekurangan bersama dua anak tiri yang berusia 17 dan 14 tahun dan anak kandung (17 tahun) serta isteri yang amat memahami dan mengambil berat keadaan kesihatan saya yang tidak menentu selepas pembedahan dilakukan.

“Dengan sokongan isteri saya kini bekerja sebagai pencuci pejabat walaupun pendapatan tidak seberapa, kehidupan kami kini jauh berubah berbanding ketika saya bekerja dulu,” katanya.

Azman yang sebelum ini aktif sebagai pengadil bola sepak di Melaka selain futsal kini terpaksa melupakan minatnya itu akibat keadaan dirinya, namun berhajat kembali aktif jika mendapat sumbangan mana-mana pihak menghadiahkannya kaki palsu.

Rombongan MUSA yang diketuai penerusi pengadil Samsudin Hassan dan Bendahari MUSA, Abd Razak Abu Hasan serta rakan pengadil sempat meluangkan masa hampir satu jam mengimbau era kegemilanganya sebagai bekas pengadil.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");