Perak Hari Ini

Bagan Datuk: Jangan Hanya Tabur Janji-Janji Manis

IPOH:Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak menasihati semua pihak supaya tidak sekadar menabur ‘janji-janji manis’ berkaitan pembangunan Daerah Bagan Datuk hanya kerana Ahli Parlimennya merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama daripada negeri ini dan kawasan tersebut.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata Kebimbangan timbul berikutan banyak projek yg telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) masih banyak yang belum dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

“Dalam masa yang sama pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa Daerah Bagan Datuk akan dijadikan sebagai Hab Pendidikan termasuk pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan oleh Kerajaan Negeri Perak, Politeknik Bagan Datuk yang bernilai RM220 juta, Pusat Mara (RM6.5 juta) dan Maktab Rendah Sains MARA (RM150 juta).

“Selain itu, beberapa projek dibawah kerajaan persekutuan yang akan dibina termasuklah jambatan yang menghubungkan Pasir Salak dan Bagan Datoh berharga RM 350 Juta serta laluan dua hala Hutan Melintang ke Bagan Datoh yang akan dinaik taraf dengan kos RM 90 Juta di samping kompleks sukan berharga RM 31 Juta.

“Manakala, Kerajaan Negeri Perak dalam pembentangan Bajet Tahun 2017 akan membangunkan Bagan Datoh Water City di daerah tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

AMANAH Perak juga bagaimanapun tidak menafikan keperluan pembangunan yang ingin dibuat.

“Walau bagaimanapun kita menggesa supaya semua projek yang diumumkan itu benar-benar dapat dilaksanakan dan bukan sekadar taburan janji-janji kosong sahaja seperti yang terjadi kepada projek MRSM yang mana sebelum ini telah dijanjikan pada tahun 2010 malangnya sehingga kini masih belum nampak bayangnya lagi.

“Kita juga ingin bertanya apa yang terjadi kepada nasib cadangan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak dimasukkan di dalam RMK-11?,” soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");