Perak Hari Ini

Banjir : 143 Mangsa Masih Di Pusat Pemindahan

IPOH : Sebanyak 143 keluarga di negeri ini masih ditempatkan di 11 pusat pemindahan sehingga jam 9 pagi, hari ini.

APM Perak dalam satu kenyataan melaporkan, jumlah itu melibatkan 533 mangsa.

Daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 259 mangsa di empat pusat pemindahan iaitu di SK Pengkalan Ara (31), SK Changkat Jong (101); SK Sungai Tukang Sidin (30) dan SK Sungai Kerawai (97).

Di Manjung, 307 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai (207) dan di Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung Ara (10).

Di Larut Matang dan Selama pula, hanya satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Surau Kampung Padang Serai Dalam yang menempatkan seramai 41 mangsa.

Sementara itu, di daerah Kinta, dua pusat pemindahan dibuka iaitu di Dewan Sikh Tanjung Tualang (8) dan Dewan Orang Ramai Tanjung Tualang (8).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");