Berita Hari Ini

Banjir : 3,000 Anggota Sedia Dikerahkan

PUTRAJAYA: Seramai 3,000 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia dikerahkan sekiranya keadaan banjir di beberapa negeri bertambah buruk.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata gelombang kedua banjir mula melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor tetapi keadaan masih terkawal.

“JBPM sentiasa bersiap siaga menghadapi gelombang kedua, ketika ini kita mempunyai anggota yang cukup untuk memberi bantuan di negeri terbabit termasuk terbaru di Johor.

“Sekurang-kurangnya 3,000 anggota sudah dikerah di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang yang sememangnya ditempatkan di sana ketika banjir gelombang pertama lalu.

“Bantuan keanggotaan dan logistik akan ditambah bergantung keadaan dan keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya di sini, hari ini.

Noh berkata, setakat ini beliau berpuashati dengan bantuan yang diberikan anggota JBPM kepada mangsa banjir ketika gelombang pertama lalu.

“Kita lihat bantuan kali ini lebih tersusun dan JBPM juga bekerjasama baik dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");