Perak Hari Ini

Banjir : 655 Mangsa Di 13 Pusat Pemindahan

IPOH : Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 655 mangsa sehingga jam 8 pagi tadi.

Jumlah itu melibatkan 206 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan di enam daerah di negeri ini.

Satu kenyataan dariapda APM Perak, daerah Manjung mencatatkan jumlah mangsa banjir yang tertinggi dan meningkat kepada 454 mangsa di tiga pusat pemindahan banjir iaitu di Dewan JKK Kampung Bota (67), Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai (192) dan Dewan Inderawati Beruas (195).

Di daerah Larut, Matang dan Selama, lima pusat pemindahan dibuka iaitu Surau Kampung Jawa (39), DOR Kampung Matang Merbau Trong (29), DOR Kampung Kelubung (14), Kampung Padang Serai Dalam (21) dan DOR Matang Gelugor (37).

Dua pusat pemindahan di buka di daerah Perak Tengah iaitu di Surau Nurul Jannah, Parit 6 (10) dan Surau Kampung Talang (4).

Manakala di Kuala Kangsar, tujuh mangsa di tempatkan di Surau Karimiah, Kampung Talang Hulu; di daerah Kinta, lapan mangsa ditempatkan di DOR Kampung Piandang, Seputeh dan di Hilir Perak, 32 mangsa ditempatkan di SK Pengkalan Ara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");