Perak Hari Ini

Banjir Di Perak: 6 Pusat Pemindahan Masih Dibuka

IPOH:Jumlah pusat pemindahan banjir masih kekal iaitu enam pusat pemindahan yang dibuka sehingga jam 8 pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak menerusi satu kenyataan hari ini berkata, jumlah mangsa banjir setakat ini sebanyak 467 mangsa melibatkan 120 keluarga.

Jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding 486 jumlah mangsa seperti yang dilaporkan semalam.

APM Perak berkata sehingga jam 8 pagi ini, hanya enam pusat pemindahan masih beroperasi manakala 14 daripadanya telah ditutup.

Di Hilir Perak, 31 mangsa daripada 10 keluarga ditempat sementara di Pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara manakala sebanyak 100 mangsa daripada 26 keluarga kini ditempatkan di pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan.

Manakala sebanyak 97 mangsa daripada 18 keluarga pula ditempatkan sementara di Pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kerawai.

Sementara itu bagi Daerah Larut Matang Dan Selama, sebanyak 21 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di
Pusat Pemindahan di Surau Kampung Padang Serai Dalam.

Bagi Daerah Manjung,seramai 208 orang mangsa banji iaitu daripada 58 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai manakala di Pusat Pemindahan, DOR Kampung Tg. Ara seramai 10 mangsa daripada tiga keluarga berada di lokasi tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");