Berita Hari Ini

Banjir gelombang kedua dijangka lebih buruk – TPM

PUTRAJAYA: Gelombang kedua banjir tahun ini berkemungkinan besar membawa kesan lebih buruk berbanding tahun lalu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ramalan itu mengambil kira faktor taburan dan sukatan hujan yang semakin meningkat di beberapa negeri ketika ini, terutama di Johor dan Pahang.

“Tahun lalu untuk gelombang kedua ia dikira minimum, kali ini lebih buruk. Ini berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi berhubung jumlah sukatan hujan dan paras air sungai. Kita jangkakan lebih ramai mangsa banjir akan dipindahkan ke pusat pemindahan.

“Justeru, tahap kesiapsiagaan agensi bantuan akan dipertingkat, termasuk menambah jumlah anggota agensi bantuan ke Johor dan Pahang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. T

Terdahulu Ahmad Zahid menerima kunjungan Menteri Imigresen New Zealand, Michael Woodhouse di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Woodhouse kini dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia bermula hari ini hingga esok.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");