Perak Hari Ini

Banjir : Hanya 6 Pusat Pemindahan Dibuka Di Perak

IPOH : Hanya enam pusat pemindahan mangsa terjejas banjir masih dibuka sehingga jam 12 tengah hari ini.

APM Perak menerusi satu kenyataan hari ini berkata, jumlah mangsa juga menunjukkan penurunan di mana hanya 486 mangsa berada di pusat pemindahan berbanding 533 mangsa pada jam 9 pagi tadi.

APM berkata, sehingga tengah hari tadi, hanya 124 keluarga masih berada di pusat pemindahan.

Di Hilir Perak, tiga pusat pemindahan masih dibuka iaitu SK Pengkalan Ara (31); SK Changkat Jong (100) dan SK Sungai Kerawai (97).

Manakala di Manjung, pusat pemindahan yang dibuka ialah di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai (207) dan Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung Ara (10).

Manakala di daerah Larut, Matang dan Selama, hanya satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Surau Kampung Padang Serai Dalam yang menempatkan 41 mangsa banjir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");