Berita Hari Ini

Banjir: Kerugian pertanian masih dalam penilaian

PASIR MAS – Kerajaan masih menilai kerugian yang dialami sektor pertanian berikutan bencana banjir yang melanda pantai timur ketika ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin berkata, kerajaan sedang menunggu laporan penuh berhubung kerosakan dan kerugian yang dialami petani daripada agensi pertanian di negeri-negeri yang terlibat dengan bencana itu.

“Kita masih belum menerima laporan lengkap berhubung kerosakan tanaman dan kerugian yang dialami petani kerana banjir masih belum surut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Kit Bantuan Makanan MOA kepada mangsa banjir di sekitar Kampung Kedap dan Kampung Lubok Gong di Rantau Panjang di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Md Alwi Che Ahmad dan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yassin.

Mengulas lanjut Tajuddin berkata, kementeriannya boleh membantu petani dengan menyediakan benih dan baja jika tanaman mereka terjejas kerana banjir.

Beliau berkata selain itu kementerian turut mempunyai Tabung Ehsan banjir bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Ditanya mengenai harga ikan yang meningkat antara RM1 hingga RM15 ketika musim tengkujuh ini, beliau berkata pihak kementerian sedang memantau perkembangan semasa berhubung perkara itu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");