Berita Hari Ini

Banjir Makin Buruk Di Terengganu, 63 Sekolah Ditutup

KUALA TERENGGANU:Keadaan banjir yang bertambah buruk di Terengganu hari ini menyebabkan 16,938 murid dan 1,949 guru tidak dapat pergi ke sekolah apabila 63 sekolah di empat daerah di negeri ini terpaksa ditutup.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin berkata jabatan menjangka hanya 24 sekolah sahaja akan ditutup namun hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan lebih banyak laluan ke sekolah dinaiki air dan ada sebahagian sekolah turut dilanda banjir.

“Daripada 63 sekolah itu, 24 sekolah ditutup di Hulu Terengganu, masing-masing 19 di Besut dan Setiu serta sebuah sekolah lagi terletak di Kemaman,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak sekolah akan ditutup esok sekiranya banjir bertambah buruk di Terengganu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");