Berita Hari Ini

Banjir: masyarakat minta beri kerjasama

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim meminta agar penduduk memberikan kerjasama berikutan maklumat mengatakan peningkatan paras air berisiko di Sungai Golok.

Menurutnya, sebagai persediaan menghadapi bencana ini,penduduk sekitar diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyelamat dalam usaha mereka memindahkan orang ramai ke tempat yang lebih selamat.

“Ibu bapa dan orang-orang dewasa harus memantau kanak-kanak agar tidak bermain air banjir, khususnya di laluan yang digunakan oleh bot dan jentera penyelamat.

“Selain itu, penduduk juga haruslah melaporkan sekiranya terdapat pesakit-pesakit yang uzur dan terlantar atau ibu-ibu mengandung yang memerlukan perhatian khas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Setakat ini, ePortal Banjir Kerajaan Negeri sehingga jam 12 tengah hari jumlah mangsa bertambah kepada 4,218 orang membabitkan 1,455 keluarga ditempatkan di 50 pusat pemindahan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");