Jenayah

Bawa turun pendaki seliuh kaki kiri

Kajang: Kajang: Seorang pendaki wanita terseliuh kaki kiri ketika mendaki Gunung Nuang, di Hulu Langat di sini, jam 4 petang kelmarin, menyebabkan anggota bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil bagi membantu membawanya turun.

Terdahulu, mangsa, Nor Azliana Ahmad Yusof, 37, mendaki gunung berkenaan bersama tiga rakannya. Nor Azliana tergelincir ketika menuruni laluan di gunung menyebabkan kakinya terseliuh.

Rakannya menghubungi bomba dan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Faizad Amirul Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.02 malam.

“Sepasukan anggota bomba digerakkan ke lokasi bagi membantu operasi membawa turun mangsa yang terkandas akibat cedera.

“Berdasarkan laporan awal, mangsa bersama tiga rakannya berada di kawasan perkhemahan di Kem Lolo yang mengambil masa hampir empat jam untuk tiba,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di Kem Lolo, pihaknya mendapati mereka tiada di kawasan itu dan sebenarnya berada di kawasan lebih tinggi.

“Kami meneruskan pendakian dan menemui kumpulan berkenaan jam 1 pagi. Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan lemah.

“Kami memutuskan untuk bermalam berikutan keadaan mangsa selain cuaca sejuk. Operasi membawa mangsa turun diteruskan awal pagi tadi (semalam). Kami tiba di kaki gunung jam 10 pagi. Mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");