Sukan Hari Ini

Bayern Kelihatan ‘Gementar’

BERLIN: Carlo Ancelotti mengakui pendahulu Bundesliga, Bayern Munich kelihatan “gementar dan bimbang” ketika menang 2-1 berdepan kelab di ambang penyingkiran, Werder Bremen, awal pagi tadi.

“Ia adalah kemenangan penting dalam perlawanan yang sukar,” kata jurulatih Bayern itu selepas skuadnya berjaya bertahan selepas asakan Werder pada babak kedua untuk kekal tiga mata di puncak Bundeliga memetik laporan AFP.

“Selepas melepaskan gol berkenaan, kami hilang rentak dan kami sedikit gementar dan bimbang, saya perlu mengakuinya. Tetapi pada penamatnya, kami berjaya mengawal permainan.

“Akan sentiasa ada kesukaran dalam musim bola sepak.” Ini adalah kemenangan ketujuh berturut-turut Bayern dalam liga – dan rekod kemenangan ke-13 berturut-turut berdepan Bremen – hasil jaringan Arjen Robben dan David Alaba pada babak pertama.

Namun wujud kebimbangan buat Ancelotti, pendahulu liga itu apabila kelihatan hilang rentak selepas penyerang Jerman, Max Kruse kembali mendapatkan satu gol buat Bremen pada minit ke-53.

Arsenal pula akan menanti pada kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara dalam tempoh dua minggu lagi, Bayern mesti menunjukkan peningkatan, kata kapten Philipp Lahm, terutama selepas bangkit menewaskan Freiburg minggu lalu.

“Perkara paling penting ialah kita menang,” kata Lahm.

“Tetapi ia juga jelas bahawa kita perlu dan mesti bermain lebih baik.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");