Perak Hari Ini

Beli Ikut Keperluan – KPDNKK

IPOH : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihatkan orang ramai untuk membeli barang keperluan sekadar yang diperlukan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ini adalah kerana bagi memastikan bekalan barangan terutamanya barangan kawalan di musim perayaan mencukupi di dalam pasaran.

“Barang-barang keperluan asas seperti minyak masak, tepung, gula masih lagi mencukupi dan ini menunjukkan bahawa sekiranya pengguna memahami dengan membeli sekadar mana yang mereka perlukan, maka sudah tentu barangan ini akan sentiasa berada di dalam pasaran.

“Saya tidak mahu oleh kerana di musim perayaan, pengguna membeli lebih daripada sepatutnya mereka beli sehinggakan berlaku ketidakseimbangan di dalam pasaran,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Pasar Awam Ipoh dan Econsave Ampang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Exco kerajaan negeri, Datuk Samsuddin Abu Hassan.

Sementara itu, beliau berkata, harga barangan di pasaraya masih sama bagi negeri-negeri yang terjejas akibat banjir .

Bagaimanapun, ujarnya, bagi barangan basah berlaku sedikit kenaikan harga.

“Kita kena faham bahawa ini adalah memandangkan kesempitan nelayan untuk turun ke laut kerana banjir,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, pihaknya telah menahan tiga individu kerana tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bargi barangan harga terkawal di musim perayaan.

Pada 18 Januari lalu, Hamah mengumumkan 13 barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina yang berkuat kuasa selama 12 hari bermula semalam sehingga 3 Februari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");