Berita Hari Ini

Beri layanan terbaik kepada mangsa banjir – Shahidan

KOTA BHARU: Semua petugas banjir perlu memberi layanan terbaik kepada mangsa banjir yang kini berdepan kesulitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata mangsa banjir kini dibelenggu kesedihan terhadap apa yang berlaku, termasuk memikirkan keadaan rumah yang ditinggalkan.

“Kita tidak mahu wujud masalah berbangkit, maka berilah layanan terbaik kepada mereka. Saya melepaskan beberapa program dan terbang ke sini dari Alor Setar, Kedah sebaik mengetahui banjir melanda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini, lewat malam tadi.

Shahidan berkata, pengurusan bencana banjir di Terengganu dan Kelantan berjalan lancar setakat ini dengan keanggotaan mencukupi, selain turut dibantu badan bukan kerajaan (NGO) bagi urusan memindahkan mangsa banjir.

“Kali ini kita lebih bersedia dan bekalan makanan untuk mangsa banjir di dua negeri itu juga mencukupi,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");