Sukan Hari Ini

Berpeluh jinak Alexander

Melbourne: Rafael Nadal mempamer kebangkitan menarik untuk menewaskan bintang meningkat naik Jerman Alexander Zverev dalam lima set sekali gus melangkah ke pusingan keempat Terbuka Australia.

Juara 14 Grand Slam itu yang 11 tahun lebih tua berbanding Zverev, terpaksa berhempas pulas untuk mencatat 4-6, 6-3, 6-7 (5/7), 6-3, 6-2 dalam tempoh empat jam enam minit di Rod Laver Arena.

Bintang Sepanyol itu hampir tersingkir selepas tewas di set ketiga tetapi berbekalkan semangat juang tinggi, dia akhirnya berjaya mengetepikan pemain berbakat berusia 19 tahun itu.

Ia adalah kejayaan ke-18 buat Nadal sepanjang 26 aksi yang diheret hingga ke set kelima dan dia akan menentang pilihan keenam dari Perancis Gael Monfils di kelompok 16 terakhir nanti.

Nadal gembira apabila berjaya menamatkan rentetan kekalahan ketika beraksi lima set di kejohanan Grand Slam sejak dua tahun lalu.

“Ia keputusan yang penting buat saya apatah lagi saya tewas beberapa perlawanan yang berlanjutan hingga ke set kelima sejak kebelakangan ini,” kata Nadal. “Justeru, adalah penting buat saya untuk menang perlawanan sebegini.”

Nadal sering memuji prestasi Zverev yang dilabel sebagai bintang masa depan arena tenis lelaki dunia dan persembahan pemain itu semalam mengesahkan lagi anggapan berkenaan.

“Saya rasa semua orang sedar dengan kehebatan Alexander. Seperti yang saya katakan, dia adalah bintang masa depan. Ia perlawanan yang sukar buat saya,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");