Perak Hari Ini

Berpindah, Cadangan Terakhir Atasi Banjir

BERUAS:Langkah memindahkan penduduk ke satu kawasan penempatan baru antara langkah terakhir difikirkan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di beberapa kawasan perkampungan di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pelbagai langkah dan pendekatan dibincangkan secara bersama menerusi Jabatan Pengaliran Dan Saliran Perak (JPS) supaya masalah banjir tidak kerap berulang.

Beliau terdahulu mengadakan lawatan ke beberapa kawasan dan pusat pemindahan banjir di Kampung Padang Serai di sini hari ini.

“Perkara ini telah banyak kali dibangkitkan dan beberapa cadangan diberikan kepada JPS yang menelan kos yang tinggi antaranya kaedah mendalamkan dan melebarkan sungai Beruas hingga ke muara sungai Pantai Remis.

“Kerajaan negeri perlu membelanjakan jumlah peruntukan yang besar untuk menyelesaikan masalah banjir ini daripada kerap berlaku,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai rugutan penduduk kampung di sini yang berhadapan dengan masalah ‘air termenung’ berikutan aliran air hujan yang tidak mengalir dan bertakung hampir tiga bulan.

Tambahnya keadaan itu perlu dipantau secara berterusan berikutan hujan lebat masih turun dan ada kalanya taburan hujan sangat lebat di kawasan tertentu.

“Kawasan Padang Serai kini berhadapan laluan air yang sukar mengalir dan bertakung hingga hampir tiga bulan mengakibatkan mangsa perlu dipindahkan,”katanya.

Tambah Zambry lagi, setakat jam empat petang tadi, sebanyak lapan pusat pemindahan banjir yang masih dibuka manakala 10 daripadanya telah ditutup.

“Ia melibatkan keluarga seramai 106 keluarga manakala mangsa keseluruhan sebanyak 376 orang.

“Pecahan ini melibatkan Hilir Perak iaitu 22 keluarga kawasan Larut Matang Selama sebanyak 16 keluarga, Manjung 57 keluarga dan Kinta hanya satu keluarga serta beberapa kawasan lain telah ditutup,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");